Oleh : Abdul Razak Arsyad @ Ajax
Lokasi : Pahang

Per : Potensi Buat Duit Dengan Herba

Sahabat,

TIdak kira apa pun kaum, bangsa yang berada serata muka bumi ini mengakui akan kehebatan herba dalam memastikan kesihatan badan serta menyembuh pelbagai jenis penyakit.

Setiap satu herba mempunyai kelebihan masing-masing dalam memastikan kesihatan manusia terjamin. Banyak ubat-ubatan, pemakanan tambahan, produk-produk makanan serta penyembuh-penyembuh penyakit yang di pasaran datangnya dari herba.

Di Malaysia contohnya telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis herba yang bukan sahaja mempunyai banyak khasiat malah ianya merupakan industri yang menyumbang perolehan pada Negara. Atas dasar itu kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan yang sangat besar bagi membangunkan industri herba ini.

Pelaburan RM110 juta ECER

KUALA LUMPUR 14 April - Kerajaan akan melabur RM110 juta ke dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam usaha menjadikannya pusat industri herba Malaysia menerusi pembangunan empat buah ladang herba. Projek itu dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak AS$1.016 bilion (RM3.341 bilion) dan mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan baharu serta 530 pekebun kontrak.

- Utusan Online

Rupa-rupanya dalam Malaysia kita ni ada lebih kurang 13,000 species herba tapi yang baru nak dikomersilkan dan dikenali baru dalam 300 lebih. Ya! tuan-tuan dan puan-puan BARU 300 lebih. Ada banyak ruang lagi untuk diterokai.

Antara yang biasa sangat kita dengar dan guna :

  • Tongkat Ali (yang bernama Ali mesti senyum..)
  • Kacip Fatimah (cee..Fatimah senyum jer..)
  • Ubi jaga
  • Mas cotek
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Temulawak (bukan bertemu je terus buat lawak aa..)
  • Hempudu bumi
  • Misai kucing
  • Pucuk gajus
  • Petai
  • Jering
  • Kerdas

Itu baru sebahagian kecil yang dapat saya bariskan.

Saya pasti jika anda membaca sehingga ke tahap ini bermakna anda ini seorang :

  • Peminat Herba terutamanya herba tempatan.
  • Yang berminat untuk menjalankan perniagaan herba
  • Tahu serba sedikit tentang khasiat herba

Tidak kisahlah siapa anda terhadap herba ini satu perkara yang pasti adalah anda ingin tahu apa potensi herba jika ianya dipasarkan.

Mungkin dalam minda anda sekarang terbayangkan…

  • Anda harus ada tanah atau kawasan yang luas untuk menanam herba,
  • Terpaksa memperuntukkan satu modal besar untuk mengusahakan perniagaan herba dan
  • Terpaksa ada kilang untuk memproses herba anda menjadi produk.

Untuk memiliki pendapatan lumayan melalui herba ini tidaklah saya katakan bahawa anda harus ada ladang besar, modal besar mahupun mempunyai kilang memproses kerana anda mungkin tidak perlu menanam secara berskala besar malah ianya mungkin tumbuh bersepah di laman rumah anda.

Tentu anda ingin tahu bagaimana anda juga boleh berjaya menjalankan perniagaan herba ini bukan…? Macam inilah sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai herba ini biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu dan bagaimana herba telah mengubah hidup saya.

Nama saya Abdul Razak Arsyad dan anda boleh panggil saya Ajax. Dilahir dan dibesarkan sejak 38 tahun dahulu di salah sebuah tanah rancangan di Pahang.

Sekarang bekerja dengan salah satu syarikat minyak yang terunggul didunia, tapi biarlah rahsia .Bukan apa takut ada konflik kemudian hari. Susah juga nanti nak terangkan kenapa saya tiba-tiba memilih untuk bertukar arah 360 darjah terpesong dari apa yang saya buat sekarang.

Memang pada mula keluarga agak sukar menerima pembabitan saya dengan perniagaan herba ini namun kini mereka faham setelah mereka melihat keuntungan yang saya perolehi dari pokok yang pada mulanya mereka fikir rumput liar yang tiada harga.

Gambar di atas merupakan gambar pokok Beluntas. Pada awalnya saya tidak mengetahui khasiat beluntas ini. Yang saya tahu ibu saya masak buat kerabu memang sedap.

Namun satu hari saya telah menghadiri satu seminar herba dan barulah saya tahu bahawa pokok yang saya makan selama ini sememangnya terlalu banyak kelebihan dan khasiat.

Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba.

Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita. Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan.

Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk merawat demam. Serbuk ini yang dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak.

Bagi masyarakat vietnam pula daun beluntas digunakan untuk merawat keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam.

Daunnya yang dicelup dalam air panas diminum untuk melegakan selsema.Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak.

Di Thailand pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing. Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur. 

Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam dan masak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.

Tahukah anda disamping khasiat yang terkandung di dalamnya harga pasaran bagi beluntas yang telah dikeringkan adalah RM100 sekilo. Wow… hebatkan… Yang menariknya pokok beluntas sangat senang untuki membiak. Sila lihat gambar di bawah… pokok beluntas hidup liar di depan halaman rumah bapa mentua saya.

Dengan pokok beluntas inilah permulaan saya menceburi perniagaan herba dengan lebih serius lagi.

Jadi kepada anda yang….

  • Meminati Herba terutamanya herba tempatan.
  • Berminat untuk menjalankan perniagaan herba
  • Tahu serba sedikit tentang khasiat herba

Dan anda berminat untuk mengetahui potensi herba ini dari segi khasiatnya, betapa mudahn untuk anda memperolehinya, apa jenis-jenis herba dan yang paling penting potensi herba tempatan untuk dijadikan sebagai perniagaan yang sangat memberi pulangan lumayan.

Anda jangan bimbang kerana julung-julung kalinya dalam sebuah ebook satu panduan berinformasi yang mengandungi apa yang perlu anda tahu tentang beberapa herba yang bukan sahaja mempunyai nilai pasaran yang tinggi malah sangat mudah untuk memperolehinya.

Oleh itu saya ingin perkenalkan anda ebook…

Dalam ebook ini anda akan ketahui…

  • Bagaimana saya melalui laluan yang sukar sebelum saya mencapai kejayaan dalam perniagaan herba ini. Jadi anda tidak perlu lalui jalan sukar tersebut kerana saya akan membongkarnya.

  • 7 jenis herba telah dipilih untuk diterangkan dalam ebook ini kerana herba ini mempunyai nilai kormesial yang tinggi dan yang paling penting boleh tumbuh liar di laman rumah anda.

  • Bagaimana pokok ________ sangat mudah membiak dengan hanya cucukkan batangnya di tanah, tunggu ianya bertunas dan ia akan tumbuh merimbun jika cukup air diberikan. Memang sangat-sangat mudah.

  • Sejenis pokok herba iaitu pokok  __________ yang menyerupai pokok ________ lagi menarik. Disamping mempunyai khasiat tinggi untuk merawat MALARIA. Jika anda ada kawasan tanah yang lembap dan liar maka anda tidak perlu buat apa-apa tanam dan tinggalkan dan biarkan ia merebak secara liar. Sungguh senang.

  • Sejenis lagi pokok herba yang dipanggil “Jarum ______  ______” boleh dengan mencantas batangnya dan cucukkan di dalam pasu atau beg ‘poly’. Daripada anda tanam pokok bunga lebih baik anda tanam pokok ini.

  • Pokok Ulam _____ mampu membuang toksid dalam badan dan menguatkan tulang boleh dijadikan pokok hiasan pagaran. Inilah pokok herba yang paling lasak dan yang paling mudah membiak. Boleh saya katakan ianya tidak perlukan penjagaan lansung. Tanam dan biar.

  • Senarai harga pasaran bagi setiap herba yang diperkenalkan. Jadi anda tidak perlu pening kepala dan susah payah untuk mencari harga pasaran setiap satunya. Baca dan gunakan harga tersebut.

  • Cara menanam / membenih setiap herba yang diperkenalkan. Jangan bimbang ianya sangat-sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran tinggi. Siapa sahaja boleh buat sehingga anak-anak kecil pun boleh buat.

  • Saya akan tunjukkan bagaimana caranya untuk berjaya dalam perniagaan herba ini tanpa perlu anda menanam. Anda hanya perlu tahu dimana sumbernya dan bagaimana anda boleh simpan stok secara efektif.

  • Anda juga akan mengetahui bagaimana untuk memasarkan herba-herba anda ini melalui internet. Memang cukup mudah.

  • Banyak lagi yang dikongsikan dalam ebook ini dan dihujung ebook ini saya akan ceritakan bagaimana pokok beluntas yang saya perkenalkan sebelum dapat menyembuh seorang penghidap ASMA.

Selepas anda memiliki ebook ini anda pilih satu herba yang paling mudah untuk anda perolehi. Anda keringkan dan anda mula pasarkan. Jika anda dapat menjual sejumlah sekilo dari herba ini maka anda berjaya memperolehi RM100 anda.

Namun untuk memiliki ebook ini anda hanya perlu laburkan sebanyak RM100…

Tidak… tidak… anda tidak perlu laburkan sebanyak itu dan jika ada diantara panduan yang seumpama dengan ebook saya ini mengarahkan untuk laburkan nilai sebanyak itu lebih abik anda fikir dua kali kerana untuk memiliki ebook Rahsia Herba anda hanya perlu laburkan sebanyak

Cuba anda lihat jangkaan pendapatan anda untuk setiap herba…

Jenis Herba RM / kg Jumlah kg Jumlah RM
Herba A 150 0.134 20.00
Herba B 100 0.2 20.00
Herba C 100 0.3 30.00
Herba D 100 0.15 15.00
Herba E 20 0.25 5.00
Herba F 20 0.25 5.00
Herba G 15 0.46 7.00
Jumlah Jualan 102.00

 

Kalau saya kata ini mungkin jualan seminggu atau sehari adakah anda rasa ianya sangat berbaloi…???

Anda sendiri boleh jawab bukan…???

Jadi nilai banyak atau sedikit nilai pelaburan yang perlu anda keluarkan bukanlah isunya… isunya adalah bagaimana anda boleh dapatkan lebih lagi pendapatan anda.

Ini saya belum cerita lagi kalau anda cuba untuk memasarkan anak benih pokok-pokok herba ini… ini satu lagi sumber pendapatan yang sangat lumayan… tahukah anda satu anak pokok misai kucing yang ditanam dalam beg ‘poly’ boleh mencecah sehingga RM25 ke RM30 satu beg…???

Anda hanya jadikannya sebagai tanaman pokok hiasan dan jika ada rakan-rakan anda yang berminat dengannya anda boleh jualkan dengan harga tersebut.

Berbaloi Memang Berbaloi…. Tempah Sekarang…

 

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengembangkan industri ini. Oleh akan makin ramai dari usahawan herba akan tumbuh. Jika anda tidak bertindak sekarang dan jadi antara orang terawal dalam perniagaan herba ini di tempat anda maka impian anda hanya tinggal impian.
                                                                
Cuba anda bayangkan dari hari ini anda bermula… dalam beberapa bulan anda telah mula bina nama, bina jaringan, bina senarai pelanggan malah anda bina ilmu yang lebih dalam dalam ilmu herba serta ilmu pemasarannya.

Sampai satu masa ada syarikat produk herba ingin mendapatkan bahan herba dari anda.. maka ketika itu anda dengan selamba anda boleh bekalkan kepada mereka.

Namun itu semua tidak akan terjadi tanpa anda bertindak sekarang. Bertindaklah sekarang dapat ebook Rahsia Herba… mana tahu satu masa nanti anda bakal dikenali sebagai Raja Herba ditempat anda.  Tempah ebook anda sekarang.

 

Yang ingin membantu,
Abdul Razak Arshad
(Pewaris Herba Tempatan)

 

P/s – Inilah ebook yang bakal membongkar kepada anda betapa mudahnya dan murahnya untuk menjalankan perniagaan herba. Mungkin sumbernya ada di laman rumah anda.

P/p/s – Dalam ebook ini terdapat 7 jenis herba yang yang mudah anda perolehi serta mempunyai nilai pasaran yang tinggi anatara RM25 hingga RM150 pada berat sekilo.

P/p/p/s  - Anda perlu bertindak awal untuk menjadi antara orang terawal yang berjaya dalam perniagaan herba ini. Bertindak awal dengan memesan ebook ini sekarang.

 

 

 

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625